Wednesday, July 3, 2013

Rindu bertamu

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..masih diberi nafas utk hidup di dunia ini..Sudah lama jari ini tidak menaip mencoretkan lukisan kehidupan yang dilalui beberapa bulan yg lalu..Mungkin sibuk atau senang kata malas sebenarnya..Ohh ye..sekarang sy sudah berada di semester 6..how fast time flies!!! Kurang dari 2 minggu je lagi akan memulakan praktikum fasa ke-2 di Sek Keb Putrajaya Presint 11(2)..Rasa sangat berdebar..Semoga Allah permudahkan segalanya..InsyaAllah..

Tak lupa juga, seminggu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan..Finally you come back..Semoga Allah memberi peluang kpd kita merasai ramadhan pada tahun ini dan akan datang..Dulu masa kecil-kecil, mungkin bulan ramadhan menjadi kurang digemari kerana terpaksa berpuasa, berlapar, penat, letih & macam2 lagi lah ragam budak-budak dulu..Abah mak siap bagi duit lagi kan sbg upah dapat berpuasa..Haa itulah sebenarnya didikan walaupun pada mulanya buat sesuatu kerana upah..niat pun dah salah..tapi lama-lama dah besar ni, dah tahu kenapa sebenarnya kena berpuasa..Manis kan pengalaman tu..

Apa yang diharapkan, semoga ramadhan kali ini dapat mendidik diri ini menjadi insan yang bertaqwa..berlumba-lumba mengejar kebaikan, pahala & amalan yang baik..Semoga dapat istiqamah..







Sunday, March 10, 2013

Something nice to share..(~_^)


Lelaki Tak Faham Bahasa Perempuan

Lelaki tak faham bahasa perempuan. Memang benar sebab lelaki guna software lain untuk mentafsirkan ungkapan dan wanita pula menggunakan software lain menghantar bahasa.

Contoh, wanita menggunakan Word menghantar mesej kepada lelaki dan lelaki pula menggunakan PowerPoint menerima mesej itu. Lelaki akan copy dan paste Word dalam slides PowerPointnya. Oleh itu, kalau dia silap paste, pastinya makna dan tujuannya lari dari asal.

Kedua, otak lelaki ini analoginya seperti 'berkotak-kotak'. Kalau dia cakap satu perkara, dia menggunakan satu kotak yang di dalam kotak itu hanya ada satu isu atau tajuk itu sahaja. Berlainan dengan otak perempuan yang macam laksa, berjela-jela dan berkait-kait antara satu dengan yang lain.

Oleh itu, kalau nak cakap dengan lelaki, mesti beritahu awal-awal tajuk apa nak cakap supaya dia boleh mempersiapkan idea ataupun kotak apa yang dia akan pakai. Seperti contoh dalam situasi anda (perempuan) meminta dia untuk membelikan ais krim. Dalam situasi ini, lelaki biasanya memerlukan soalan yang 'direct'. Akhirnya, mengapa dia respon kepada "aihhh dia ni nak habiskan duit aku la tuuu" sebab mungkin semasa anda nak ais krim itu, otak dia sedang menggunakan kotak duit, jadi dia teruslah respon pasal duit dia. Oleh itu, tenang sahaja dan terangkan kepada dia, yang anda hanya nak makan ais krim. Supaya dia sedar dan terus tukar kotak otaknya."

Untuk makluman anda, kebanyakan lelaki pulang ke rumah, semua otaknya dia OFF-kan melainkan otak kotak MAKAN - MAIN - TIDUR. Oleh itu, jika nak minta dia tolong bantu kerja rumah atau nak sembang-sembang, maka anda hendaklah 'alert' dia dulu dengan menyatakan kehendak pertolongan itu dan 'relax' dan sabar dan biarkan dia yang menentukan masa bila dia nak tolong, sama ada selepas MAKAN atau selepas MAIN atau sebelum TIDUR. Puji jika dia dan buat kerja itu dan terus kasi hadiah.


Selamat mencuba!

Sunday, February 10, 2013

1st and last..

Assalamu'alaikum...Happy holidays....(~_~)
And sekarang sy sudah berada di rumah tercinta...Home sweet home...hihihi..Okay lah, actually tonight i want to story about my "Makan-makan at Dubu-Dubu"..Kelmarin sebelum ke stesen Putra, sy bersama 2 org rakan Yna & Aini singgah la kt Mid Valley..Tujuanya nk cari Restoran Dubu-Dubu ni lah, kononnya nk acu cuba try test la kan makanan KOREA niii...Then sesampainya kt sana dengan x jumpa cari kedai, cari map baru boleh detect kat mana walaupun 3 ari sebelum pegi dh google2 restoran ni terletak kt aras LG..Kedai byk punya pasal smpai sesat2 dibuatnya..Dengan gigih pusing2 sana sini akhirnya jumpa jugak..

1st terpandang Dubu-dubu ni kan, tiba2 terpikir apasal xde ramai org yg makan cni..sunyi semacam je..ramai & meriah kat Teppayaki depan tuuu pulak...Okay, sila jgn ubah niat nk gi restoran lain pulak tau fadiah..Masuk dubu-dubu terus duduk tgok order..Suasana dlm ni best jugak la, selesa..cumaaa x berapa suka tang dia pasang lagu K-POP kat tv sebabnya sy mmg x layan k-pop ni...hehe...Ye la kan, kedai makanan korea mesti la buat ala2 kat korea gituuu...nasib la x kuat sgt pasang tv tu...=)

Then kitorg order lah apa yg patut..masa nk pilih order ni kejap je, sebab da buat pilihan siap2 tgok kt laman web Dubu-dubu ni sebelum terjah restoran ni..so jimatlah masa...hehe..Lepas je order terus dpt resit..Wowww..boleh tahan jugak harganya..that's why la dia bagi siap2 resit sebab nk bg customer prepare awal2 duit nk bayar kt kaunter tu okay..haha..kalo lepas makan dpt tau harga, terkejut & tercekik kat situ jugak kangg..nanti susah pulak...hehee...See!!!!

4 hidangan lapanpuluhhengget (tanpa order air)

Hmmm..apa yg x bestnya kan kena tggu agak lama nk tggu order siap..pelik jugak, customer x de la ramai mana..biasa2 je..Sempat jugak kitorg amik gambar byk2, borak2 smpai x tau nk borak apa dah..Asyik duk jeling sana sini tgok org lain menikmati makanan diorg yg mmg buat kitorg TERLIUR sgtttt....Nampak mcm berselera & sedap je tgok diorg makan, penuh dgn feel yg x tahan tu...


Wif rumet..Bosan tggu order smpai

And masa yg dinanti-natikan pun tiba..Yna sgt bertuah sebab makanan dia yg smpai 1st..Jeles!!! Yna order Seafood SoonDubu...Asap dr seafood tu membuatkan x sabar2 nk hirup...Grrrr...Rasa ala-ala mcm kuah mi kari..Penuh dgn udang yg besar, lala, sotong, telur & tofu..Utk makanan SoonDubu ni not bad la..for me okay la..


Nampak tak udang besar tu???

Set combo Seafood SoonDubu
Then, my order pulak smpai..jeng..jeng...jeng..

Bulgogi Beef

Mula-mula makan bulgogi ni kan, semua boleh telan..nasi, sup, beef bulgogi, kimchi & tauge besor tu..senang cite satu set dia lah..rasa beef dia amatlah sedap..rasa garlic yang best..mmg kena dengan selera..then lepas je 3-4 suap nasi ungu mcm kat atas tu, tetiba tekak ni jd loya..Cannot go anymore to finish it..=( Ohhh...time tu baru perasan dh tekak melayu ni susah jugak nk telan makanan macam tu..sy cuma boleh habiskan beef bulgogi tu je, nasi & so on tu tak boleh nak telan dahhh..mmg rasa membazir sgt..hurrmmm

Aini pulak order bibimbap beef..penuh dgn sayur-mayur okay..campur sekaligus dalam mangkuk hitam tuuu...


Bibimbap Beef
Bibimbap ni kena makan sekali dgn sos dia..Hurmmm..tekak sy tak boleh terima makanan ni..sebab kena makan lepas gaul semua nasi & sayur-mayur dalam tuuu..Serius i suggest x payah la order bibimbap ni..Tp kalo nk  1st trial, xde hal...Tekak kan lain2 citarasa..Heee..

For side dish, kitorg order kek beras or namanya Toppoki apa ntah...lupa dah..Rasa toppoki ni ala2 yong tau fuu je..kalo gitu kt pasar malam pun boleh beli...kitorg order yg spicy, tp kan sikit pun x pedas..satu lagi x panas..sooo, mmg xde feel & nikmat makan benda ni...=(


Klon yong tau fuuuu
Sooo...itu sajalah yg kitorg order..Tu pun mmg tak boleh nak habiskan sebab tekak mmg dah rasa nk vomit je time tu...Nasib baik di sisi ada air ice lemon tea beli kt kedai runcit time nk naik KTM...boleh la melegakan skit tekak nii...nyaman & segar selepas seteguk minum..haha..over sungguh...Mungkin hanya Yna sahaja yg dapat telan & makan kt Dubu-dubu dengan sepenuhnya..Minta maaf Yna, kami bukan x nak makan, cuma x boleh nak paksa telan semuanya..kalo muntah kat situ jugak kan, x ke cari masalah...hee

Sesi makan
Maybe, this is my first & last time berkunjung & makan di kedai Dubu-dubu & seangkatan dengannya yang menyajikan makanan ala2 korea...Ohh no!!! Macam mana nk pegi korea ni??? Nak adapt dgn makanan korea kt Malaysia ni pun x boleh...haha..Sokay2, mgkin makanan mmg betol2 masak fresh dr korea x rasa macam ni (ayat penyedap)...

So..that's all about my review at Dubu-dubu..Lepas ni boleh la usha2 restoran lain pulak..sudah hampa dgn Dubu-dubu..tskkkk...

Thanks for reading my entry...(^_^)



Friday, February 8, 2013

Kembali ceria..=)

Assalamu'alaikum semua...Apa khabar semua?...Hee
Why ceria & happy sgt kamu pagi ni fadiah!!!!..Hehe..You know what..1st thing sebab pagi ni xde kuliah..hew3..i'm officially holiday awal sehari dr yg lain..2nd thing is pagi2 bangun dr tido td tetiba dpt msg from my classmate.."TAU ELAUN DAH MASUK?HEHE"...Apa lagi, terus reply msg utk dpt kesahihan..Ye la kann, sebelum ni byk dgr khabar berita yg tak berapa nk betul semua elaun nak masuk..uhuk2...So, betul & sahih la elaun for this sem da masyukkkk!!! Pagi2 dh online internet banking nk check berapa byk yg masuknya...Hurmmm, nilai elaun masih sama dr sem 1, tak bertambah & tak juga berkurang(eh,jgn berkurang okay)..Punyalah dgr byk kata2 yg melaungkan bahawa elaun IPG dinaikkan..Actually tak pun...Dusta semua tuuu...haha...Sokay la, ni elaun da masuk rasa bersyukur sgt dah..Alhamdulillah...Ye la kan, duk pikir kalo x masuk lagi elaun ni, mana la nk cekau duit oooiiii nk menjalani kehidupan berbulan2 lagi ni...Nk minta kat parents rasa segan & malu pulak..Duit yg ada kat tangan pun cukup smpai bulan Feb je...

So...ble elaun yg baru masuk & panas bak pisang goreng kt sebelah IPIS ni, mulalah sy ni jadi tak berapa nk duduk diam dari td asyik & leka menggodek2 online shopping...Dislike this attitude fadiah!!!! Yang tu nak, yang ni nak..Kalo boleh semua nak beli kannn..Kasut, sandal, baju, tudung, masker, nose pack, perfume & so on lah...Ohhh banyaknya duit ko fadiah...Cuba igt skit elaun yg KPM bagi tu for sure lah nak digunakan utk satu semester OKAY!!! Not only for one MONTH!!! Tang ni mmg kena selalu beringatlah...=( Nak2 sem ni kena praktikum, dgn tak tahu lagi sekolah mana dapat lagi la kan hati ni duk berkira2 byk tak eh kuar duit kena belanja..Ye laa, kalo2 la kan kena praktikum sekolah juah nun di sana...Harap2 unit parktikum dpt bgtau kitorg punya batch for praktikum awl skit..Batch pulak ramai, hampir 250 org..Mohon sgt jasa baik tuan puan sekalian..

One more thing, perang assigment for this sem telah bermula..setakat ni da dapat 3 projek..hohoho..i like very much...And saya berharap moga2 cuti seminggu di rumah ni dptla buat projek tersebut...For sure sy x nak meletakkan harapan yg terlalu tggi dalam pembikinan & pelaksanaan tugasan projek ni time cuti..Sebabnya da tau duk rumah ni pengalaman as a student x pernah lagi bawak balik keje buat sampai siap  kann...Nak2 cuti ni byk dpt jemputan kahwin from my friends..Sapa x nak pegi kan..InsyaAllah my kawan2 semua, jika diberi kesempatan & rezeki kita berjumpa yay...=)

Okay lah...smpai di sini sahaja my entry today..Saja2 mengisi kelapangan masa yang tak tahu dh nk buat apa duk sorang2 ni..Hostel pulak sunyi sebab semua pegi kuliah..After this nk kemas brg sebab nk BALIK KAMPUNG for a week..Heeeeeee..Hello Terengganu!!! and assignmentsssss..haha

*p/s: Before balik ni, nk riangkan hati dgn visit & makang2 at DUBU-DUBU yg menjanjikan makanan korea..Wait for me yay..=)

i'm craving!!!! Serious..





Wednesday, January 30, 2013

Be strong!!!

Sometimes...
To get the best out of life
You go through some of the worst
No one said it would be easy
Be strong!!!!

Ya..ujian ni sangat besar bagi aku insan yang seringkali lemah..
Semoga aku sentiasa tabah menghadapi dugaan & ujian drpd Allah ini..Yang penting sabar, sabar dan sabar..Setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya maka Allah akan beri juga kesabaran kepadanya..

Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”.
(HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286)

La tahzan fadiah..Allah is always with you..Please put ur first trust on Allah..
Alhamdulillah..(~_~)

Thursday, January 17, 2013

Fasya's Wedding

Assalamu'alaikum...
Fuhh..long time no see & update my loving blog..It's almost 4 months right!!!
Okay la..Hari ni i just want to share to all of u about my ex-roomate at SM Imtiaz Dungun, Farah Syafiqah yang sudah bergelar seorang isteri..Congrats fasya & shahrin..

Actually, majlis fasya ni dah lama dah pun iaitu pada 01 Disember 2012..maknanya tahun lepas laa...Tahun ni baru nk update..Ish3..tak patot la kan fadiah ni..Alhamdulillah, rasa sgt bertuah & bersyukur sebab dpt attend majlis fasya ni.. Majlisnya buat di Sungai Besar,Selangor..Jauh tuuuuu dari Terengganu..Bertuah jugak la sebab buat time school holidays..And I'm teacher to be haruslah cuti jugak kan time tu..hew3..Maka, berpakatla geng2 batch ni seramai 4 org dr Terengganu pegi sana..What a wonderful trip that I had..Singgah makan cendol & laksa penang siap kt Tanjung Karang..hehehe

Mula2 tu igtkan abah & mak x bagi la kan pegi Selangor..Ye laaa,jauh kan..anak perempuan je pulak tu nk drive gi sana..Alhamdulillah, berkat doa & sesi membodek mereka, at last diizinkan..hehe..Untung juga ada Nadiah, my friend's at Imtiaz also sebab mahir & cekap drive pegi Selangor..Maklumla dh biasa ulang alik dgn parents dia pegi balik Terengganu ke UPSI..Dapat jugak la merasa naik Merc..Budaknya kecik molek je, tp boleh bwk kete yang sebesar2 tu..mmg tabik la kt Nady ni (nama manja)..hehe..

Sampai je sana, terus pegi singgah umah fasya..It's almost 5 years i x jumpa fasya..Lepas je SPM semua membisu & x berkesempatan langsung nk jumpa..Happy sgt2 laa...Mmg kenangan yang terindah..huhu..Fasya & family layan kitaorg sgt baik..Sampai2 terus jemput makan, sedap pulak tu..borak2,gosip2,kenal2 kwn IPG fasya & so on..And 1 more thing, thank you very much fasya sebab carikan & sediakan kitaorg tempat tinggal utk semalaman...Kami tido di homestay, boleh la kami berehat & melunjur kaki yg lenguh seharian di dalam kereta x tido sebab teman nady drive..haha..Tido nyenyak yg amat malam tu jgn kata laa kannnn..ZZzzzzzzzz

Esoknya, terus siap2 pegi tgok fasya nikah kat masjid..Excited punya pasal awl2 lagi dh bertapak kat masjid tu..Time tu fasya x smpai lagi, then kitaorg pun borak2 la dulu dgn mak fasya, main dgn anak sedara fasya..comel sgt!!!!..lupa dh nama apa..Sebagai memori sempat snap pic.............

With fasya's mom & her niece..
Perasan x apa yg pelik pd gmbar di atas?...Look at me with my turqoise baju kurung...uhuk2..semua org ikut tema ala2 warna gold..sy je yg pelikssss di situ...Itula nasib x tau warna tema apa(flynn punya pasl x bgtau..haha) It's doesn't matter la kan, warna x melambangkan apa2..tp segan jugak la dlm kalangan org yg berGOLD semua..nmpak la sy yg terserlah di situ....heee

Then, saat berdebar pun tiba..Alhamdulillah, fasya sah menjadi isteri kepada shahrin...

Sah bergelar seorang isteri
Fasya is always romantic!!!!
Selepas je majlis akad nikah ni, fasya terus balik umah utk prepare majlis kt dewan pulak..And kitorg bergegas ke dewan nak makan sebab laparrrr..haha..Apa yg uniknya mjlis kawin fasya ni, siap ada roti canai..mmg betul2 realiti la sebab dulu fasya penah ckp kt sekolah yg abah dia nk menu roti canai kt majlis fasya ni..Heee..kalo fikirkan semula mmg kelakar..=)

Anddd the most important, kt majlis fasya ni, sy dpt jumpa kawang2 sy sek Imtiaz dulu..Bukan senang nk jumpa diorg sebab kwn2 imtiaz dr berlainan negeri semua..Terubat rindu jumpa mereka semua..Masing2 dh matang & cun2 semua..hihi...Masing2 ada komitmen, so time kawan kawin ni je la dpt jumpa kannn...Seeee!!!!





Utk fasya & suami, fadiah doakan semoga sentiasa berbahagia di dunia & akhirat...Semoga tabah & matang dalam meniti dunia rumah tangga..Miss & love u fasya...(~_^)


p/s: 11 februari ni pegi majlis kawin kt Kelantan pulak...Hello Kelantan!!! Lama x pegi sana..

Thank you for reading this entry!!!..Hope to meet uolls soon...