Wednesday, July 3, 2013

Rindu bertamu

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah..masih diberi nafas utk hidup di dunia ini..Sudah lama jari ini tidak menaip mencoretkan lukisan kehidupan yang dilalui beberapa bulan yg lalu..Mungkin sibuk atau senang kata malas sebenarnya..Ohh ye..sekarang sy sudah berada di semester 6..how fast time flies!!! Kurang dari 2 minggu je lagi akan memulakan praktikum fasa ke-2 di Sek Keb Putrajaya Presint 11(2)..Rasa sangat berdebar..Semoga Allah permudahkan segalanya..InsyaAllah..

Tak lupa juga, seminggu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan..Finally you come back..Semoga Allah memberi peluang kpd kita merasai ramadhan pada tahun ini dan akan datang..Dulu masa kecil-kecil, mungkin bulan ramadhan menjadi kurang digemari kerana terpaksa berpuasa, berlapar, penat, letih & macam2 lagi lah ragam budak-budak dulu..Abah mak siap bagi duit lagi kan sbg upah dapat berpuasa..Haa itulah sebenarnya didikan walaupun pada mulanya buat sesuatu kerana upah..niat pun dah salah..tapi lama-lama dah besar ni, dah tahu kenapa sebenarnya kena berpuasa..Manis kan pengalaman tu..

Apa yang diharapkan, semoga ramadhan kali ini dapat mendidik diri ini menjadi insan yang bertaqwa..berlumba-lumba mengejar kebaikan, pahala & amalan yang baik..Semoga dapat istiqamah..







Sunday, March 10, 2013

Something nice to share..(~_^)


Lelaki Tak Faham Bahasa Perempuan

Lelaki tak faham bahasa perempuan. Memang benar sebab lelaki guna software lain untuk mentafsirkan ungkapan dan wanita pula menggunakan software lain menghantar bahasa.

Contoh, wanita menggunakan Word menghantar mesej kepada lelaki dan lelaki pula menggunakan PowerPoint menerima mesej itu. Lelaki akan copy dan paste Word dalam slides PowerPointnya. Oleh itu, kalau dia silap paste, pastinya makna dan tujuannya lari dari asal.

Kedua, otak lelaki ini analoginya seperti 'berkotak-kotak'. Kalau dia cakap satu perkara, dia menggunakan satu kotak yang di dalam kotak itu hanya ada satu isu atau tajuk itu sahaja. Berlainan dengan otak perempuan yang macam laksa, berjela-jela dan berkait-kait antara satu dengan yang lain.

Oleh itu, kalau nak cakap dengan lelaki, mesti beritahu awal-awal tajuk apa nak cakap supaya dia boleh mempersiapkan idea ataupun kotak apa yang dia akan pakai. Seperti contoh dalam situasi anda (perempuan) meminta dia untuk membelikan ais krim. Dalam situasi ini, lelaki biasanya memerlukan soalan yang 'direct'. Akhirnya, mengapa dia respon kepada "aihhh dia ni nak habiskan duit aku la tuuu" sebab mungkin semasa anda nak ais krim itu, otak dia sedang menggunakan kotak duit, jadi dia teruslah respon pasal duit dia. Oleh itu, tenang sahaja dan terangkan kepada dia, yang anda hanya nak makan ais krim. Supaya dia sedar dan terus tukar kotak otaknya."

Untuk makluman anda, kebanyakan lelaki pulang ke rumah, semua otaknya dia OFF-kan melainkan otak kotak MAKAN - MAIN - TIDUR. Oleh itu, jika nak minta dia tolong bantu kerja rumah atau nak sembang-sembang, maka anda hendaklah 'alert' dia dulu dengan menyatakan kehendak pertolongan itu dan 'relax' dan sabar dan biarkan dia yang menentukan masa bila dia nak tolong, sama ada selepas MAKAN atau selepas MAIN atau sebelum TIDUR. Puji jika dia dan buat kerja itu dan terus kasi hadiah.


Selamat mencuba!

Sunday, February 10, 2013

1st and last..

Assalamu'alaikum...Happy holidays....(~_~)
And sekarang sy sudah berada di rumah tercinta...Home sweet home...hihihi..Okay lah, actually tonight i want to story about my "Makan-makan at Dubu-Dubu"..Kelmarin sebelum ke stesen Putra, sy bersama 2 org rakan Yna & Aini singgah la kt Mid Valley..Tujuanya nk cari Restoran Dubu-Dubu ni lah, kononnya nk acu cuba try test la kan makanan KOREA niii...Then sesampainya kt sana dengan x jumpa cari kedai, cari map baru boleh detect kat mana walaupun 3 ari sebelum pegi dh google2 restoran ni terletak kt aras LG..Kedai byk punya pasal smpai sesat2 dibuatnya..Dengan gigih pusing2 sana sini akhirnya jumpa jugak..

1st terpandang Dubu-dubu ni kan, tiba2 terpikir apasal xde ramai org yg makan cni..sunyi semacam je..ramai & meriah kat Teppayaki depan tuuu pulak...Okay, sila jgn ubah niat nk gi restoran lain pulak tau fadiah..Masuk dubu-dubu terus duduk tgok order..Suasana dlm ni best jugak la, selesa..cumaaa x berapa suka tang dia pasang lagu K-POP kat tv sebabnya sy mmg x layan k-pop ni...hehe...Ye la kan, kedai makanan korea mesti la buat ala2 kat korea gituuu...nasib la x kuat sgt pasang tv tu...=)

Then kitorg order lah apa yg patut..masa nk pilih order ni kejap je, sebab da buat pilihan siap2 tgok kt laman web Dubu-dubu ni sebelum terjah restoran ni..so jimatlah masa...hehe..Lepas je order terus dpt resit..Wowww..boleh tahan jugak harganya..that's why la dia bagi siap2 resit sebab nk bg customer prepare awal2 duit nk bayar kt kaunter tu okay..haha..kalo lepas makan dpt tau harga, terkejut & tercekik kat situ jugak kangg..nanti susah pulak...hehee...See!!!!

4 hidangan lapanpuluhhengget (tanpa order air)

Hmmm..apa yg x bestnya kan kena tggu agak lama nk tggu order siap..pelik jugak, customer x de la ramai mana..biasa2 je..Sempat jugak kitorg amik gambar byk2, borak2 smpai x tau nk borak apa dah..Asyik duk jeling sana sini tgok org lain menikmati makanan diorg yg mmg buat kitorg TERLIUR sgtttt....Nampak mcm berselera & sedap je tgok diorg makan, penuh dgn feel yg x tahan tu...


Wif rumet..Bosan tggu order smpai

And masa yg dinanti-natikan pun tiba..Yna sgt bertuah sebab makanan dia yg smpai 1st..Jeles!!! Yna order Seafood SoonDubu...Asap dr seafood tu membuatkan x sabar2 nk hirup...Grrrr...Rasa ala-ala mcm kuah mi kari..Penuh dgn udang yg besar, lala, sotong, telur & tofu..Utk makanan SoonDubu ni not bad la..for me okay la..


Nampak tak udang besar tu???

Set combo Seafood SoonDubu
Then, my order pulak smpai..jeng..jeng...jeng..

Bulgogi Beef

Mula-mula makan bulgogi ni kan, semua boleh telan..nasi, sup, beef bulgogi, kimchi & tauge besor tu..senang cite satu set dia lah..rasa beef dia amatlah sedap..rasa garlic yang best..mmg kena dengan selera..then lepas je 3-4 suap nasi ungu mcm kat atas tu, tetiba tekak ni jd loya..Cannot go anymore to finish it..=( Ohhh...time tu baru perasan dh tekak melayu ni susah jugak nk telan makanan macam tu..sy cuma boleh habiskan beef bulgogi tu je, nasi & so on tu tak boleh nak telan dahhh..mmg rasa membazir sgt..hurrmmm

Aini pulak order bibimbap beef..penuh dgn sayur-mayur okay..campur sekaligus dalam mangkuk hitam tuuu...


Bibimbap Beef
Bibimbap ni kena makan sekali dgn sos dia..Hurmmm..tekak sy tak boleh terima makanan ni..sebab kena makan lepas gaul semua nasi & sayur-mayur dalam tuuu..Serius i suggest x payah la order bibimbap ni..Tp kalo nk  1st trial, xde hal...Tekak kan lain2 citarasa..Heee..

For side dish, kitorg order kek beras or namanya Toppoki apa ntah...lupa dah..Rasa toppoki ni ala2 yong tau fuu je..kalo gitu kt pasar malam pun boleh beli...kitorg order yg spicy, tp kan sikit pun x pedas..satu lagi x panas..sooo, mmg xde feel & nikmat makan benda ni...=(


Klon yong tau fuuuu
Sooo...itu sajalah yg kitorg order..Tu pun mmg tak boleh nak habiskan sebab tekak mmg dah rasa nk vomit je time tu...Nasib baik di sisi ada air ice lemon tea beli kt kedai runcit time nk naik KTM...boleh la melegakan skit tekak nii...nyaman & segar selepas seteguk minum..haha..over sungguh...Mungkin hanya Yna sahaja yg dapat telan & makan kt Dubu-dubu dengan sepenuhnya..Minta maaf Yna, kami bukan x nak makan, cuma x boleh nak paksa telan semuanya..kalo muntah kat situ jugak kan, x ke cari masalah...hee

Sesi makan
Maybe, this is my first & last time berkunjung & makan di kedai Dubu-dubu & seangkatan dengannya yang menyajikan makanan ala2 korea...Ohh no!!! Macam mana nk pegi korea ni??? Nak adapt dgn makanan korea kt Malaysia ni pun x boleh...haha..Sokay2, mgkin makanan mmg betol2 masak fresh dr korea x rasa macam ni (ayat penyedap)...

So..that's all about my review at Dubu-dubu..Lepas ni boleh la usha2 restoran lain pulak..sudah hampa dgn Dubu-dubu..tskkkk...

Thanks for reading my entry...(^_^)